Assalamualaikum…hari
ini sy ingin berkongsi satu resipi membuat coklat dengan cara lama (tanpa jalan
shortcut seperti guna coklat yang dah siap)…
Kelebihan kita
menggunakan cara ini adalah kita mampu mencipta coklat kita dengan rasa yang
tersendiri dan meng”adjust”kan rasa manis, pahit, milkynya yang tersendiri…
Kadang-kadang
apabila sy membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couverture ada
diantara brand2 coklat yang dibeli tidak memuaskan hati dan tidak kena dengan
selera…ada yang terlalu pahit, terlalu manis,terlau berlemak dan mcm2 lagi…tp
sy tak nafikan membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couveture
lebih senang dan menjimatkan…oleh kerana sy penggemar coklat jadi sy sentiasa
ingin mencari rasa coklat yang lebih sedap dan sedap dan sedap….
Oleh itu, jom
buat sendiri ler…guna cara lama….lebih unik beb…
Bahan2nya:
750g cocoa butter@ vegetable shortening (sy syorkan guna cocoa butter sbb rasanya urmmmm..tp kalau nak combine bleh jgak)
1 cwn gula aising
3l4 cawan serbuk koko (anda bleh apa2 jenama yang anda suka)
1/3 cawan susu tepung(anda bleh apa2 jenama yang anda suka)
1 sk esen vanilla
Cara2 nya:
1) cairkan cocoa butter didalam periuk kecik
diatas api yang perlahan.
2) Sementara menunggu cocoa butter cair, campurkan
serbuk koko, gula aising, susu tepung dalam satu mangkuk..
3) Tuangkan cocoa butter yang telah cair ke dalam
mangkuk dan mula mengacau dengan spatula atau senduk..masukkan esen vanila
4) Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan nampak
berkilat..sekiranya adunan masih menjadi keras sebelum gula aising hancur,
boleh cairkannya semula di atas api tp sekejap je.
5) Kacau sehingga likat dan separuh sejuk…(xlah
sejuk sangat,ala2 suam gitu..)
6) Letak dalam acuan yg digemari kemudian sejukkan
dalam peti sejuk.
Selesai.