Sunday, 2 June 2013


Assalamualaikum…hari ini sy ingin berkongsi satu resipi membuat coklat dengan cara lama (tanpa jalan shortcut seperti guna coklat yang dah siap)…
Kelebihan kita menggunakan cara ini adalah kita mampu mencipta coklat kita dengan rasa yang tersendiri dan meng”adjust”kan rasa manis, pahit, milkynya yang tersendiri…
Kadang-kadang apabila sy membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couverture ada diantara brand2 coklat yang dibeli tidak memuaskan hati dan tidak kena dengan selera…ada yang terlalu pahit, terlalu manis,terlau berlemak dan mcm2 lagi…tp sy tak nafikan membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couveture lebih senang dan menjimatkan…oleh kerana sy penggemar coklat jadi sy sentiasa ingin mencari rasa coklat yang lebih sedap dan sedap dan sedap….
Oleh itu, jom buat sendiri ler…guna cara lama….lebih unik beb…


Bahan2nya:

750g cocoa butter@ vegetable shortening (sy syorkan guna cocoa butter sbb rasanya urmmmm..tp kalau nak combine bleh jgak)

1 cwn gula aising

3l4 cawan serbuk koko (anda bleh apa2 jenama yang anda suka)

1/3 cawan susu tepung(anda bleh apa2 jenama yang anda suka)

1 sk esen vanilla

Cara2 nya:

1)     cairkan cocoa butter didalam periuk kecik diatas api yang perlahan.

2)     Sementara menunggu cocoa butter cair, campurkan serbuk koko, gula aising, susu tepung dalam satu mangkuk..

3)     Tuangkan cocoa butter yang telah cair ke dalam mangkuk dan mula mengacau dengan spatula atau senduk..masukkan esen vanila

4)     Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan nampak berkilat..sekiranya adunan masih menjadi keras sebelum gula aising hancur, boleh cairkannya semula di atas api tp sekejap je.

5)     Kacau sehingga likat dan separuh sejuk…(xlah sejuk sangat,ala2 suam gitu..)

6)     Letak dalam acuan yg digemari kemudian sejukkan dalam peti sejuk.


Selesai.

No comments:

Post a Comment