Friday, 21 June 2013

Home made fondant icing


Jom belajar buat fondant lak ari ni.....banyak kelebihannya kalau kita belajar buat fondant sendiri ni..selain halal,kita dapat menjimatkan fulus....huhuhu...apa2 pun jom tengok apa resipinya...



750 gm gula icing - diayak
10 gm gelatin
3 sudu besar air
1 sudu teh shortening - dicairkan
1 sudu teh gliserin
3 sudu teh liquid glucose

Cara
1. Masakkan gelatin dengan air sehingga gelatin larut sepenuhnya.
2. Masukkan gliserin dan liquid glucose dan kacau. Terus angkat dari api dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan gula icing ke dalam adunan tadi dan kacau. Teruskan menguli sehingga ia menjadi doh dan tidak melekit. Jika lembik, tambah gula icing dan jika keras, boleh tambah air atau shortening. 



4. Simpan doh dalam zipper bag dan letak dalam container. Sebaiknya biarkan doh sehingga lebih 12 jam.


Sunday, 2 June 2013


Assalamualaikum…hari ini sy ingin berkongsi satu resipi membuat coklat dengan cara lama (tanpa jalan shortcut seperti guna coklat yang dah siap)…
Kelebihan kita menggunakan cara ini adalah kita mampu mencipta coklat kita dengan rasa yang tersendiri dan meng”adjust”kan rasa manis, pahit, milkynya yang tersendiri…
Kadang-kadang apabila sy membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couverture ada diantara brand2 coklat yang dibeli tidak memuaskan hati dan tidak kena dengan selera…ada yang terlalu pahit, terlalu manis,terlau berlemak dan mcm2 lagi…tp sy tak nafikan membuat coklat homemade dengan coklat compound atau couveture lebih senang dan menjimatkan…oleh kerana sy penggemar coklat jadi sy sentiasa ingin mencari rasa coklat yang lebih sedap dan sedap dan sedap….
Oleh itu, jom buat sendiri ler…guna cara lama….lebih unik beb…


Bahan2nya:

750g cocoa butter@ vegetable shortening (sy syorkan guna cocoa butter sbb rasanya urmmmm..tp kalau nak combine bleh jgak)

1 cwn gula aising

3l4 cawan serbuk koko (anda bleh apa2 jenama yang anda suka)

1/3 cawan susu tepung(anda bleh apa2 jenama yang anda suka)

1 sk esen vanilla

Cara2 nya:

1)     cairkan cocoa butter didalam periuk kecik diatas api yang perlahan.

2)     Sementara menunggu cocoa butter cair, campurkan serbuk koko, gula aising, susu tepung dalam satu mangkuk..

3)     Tuangkan cocoa butter yang telah cair ke dalam mangkuk dan mula mengacau dengan spatula atau senduk..masukkan esen vanila

4)     Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan nampak berkilat..sekiranya adunan masih menjadi keras sebelum gula aising hancur, boleh cairkannya semula di atas api tp sekejap je.

5)     Kacau sehingga likat dan separuh sejuk…(xlah sejuk sangat,ala2 suam gitu..)

6)     Letak dalam acuan yg digemari kemudian sejukkan dalam peti sejuk.


Selesai.

Wednesday, 29 May 2013

Jenis2 coklat compound dan couverture kat Malaysia

Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi tentang jenis-jenis coklat compound yang terdapat di bakeri Malaysia dan yang sesuai untuk dijadikan coklat buatan tangan (homemade chocolate)…Antaranya:
 1)Collata Brand Chocolate Compound(Malaysia)
 

 Coklat Colatta ni bagi saya rasanya kurang urmmm sikit dari segi kokonya…tapi ia sesuai bagi orang yang tak suka manis…ada dalam pelbagai perisa dan harganya pun ok2 je..

 2) Beryls Coin Compound (Malaysia)
 

Jenama beryls ni memang agak manis dan perlu pandai bermain dengan kombinasi yang sesuai…..kalau tak muak lah jawapnya…tapi coklat ni merupakan pilihan kebanyakkan pejual coklat homemade sebab harganya murah dan senang didapati…selain itu, ia sedap dan sesuai dengan selera kanak2….coklat putihnya rasanya macam coklat jenama toblerone…x caya? Cuba r sendiri….


 3)TULIP MILK CHOCOLATE COMPOUND (Indonesia)

 

 Yang ni saya x berapa pasti sbb sy tak try lagi…insyaAllah otw nk try….

 4)Selbourne ( Malaysia)
 
 Yang ini rasanya lebih kurang beryls tapi tekturnya lebih smooth dan senang untuk dicairkan…harga dia mahal sikit tp depends kepada area lerr…kadang2 coklat ni rasa cam cadbury...nyum9


 5)LE BOURNE CHOCOLATE
 
 Coklat ni memang sangat sedap…rasanya cam berlys dan selbourne tapi lebih sedap…terutama milk chocolate nya….yang dah biasa guna berlys dan selbourne kalau try ni pasti akan beralih arah….huhuhu.. coklat ni gak tekturnya lebih licin dan bersinar jadi sangat sesuai untuk dibuat homemade coklat atau hiasan atas kek…tapi satu je kekurangan coklat ni…susah didapati…kalau kat pandan bakery tu ada lah…haiyaaa…manyak susah lah..area sy lagi r susah…..sy tempah online je …sbb hampir kebanyakan bakeri kat Kelantan xde jenama ni…..

 setakat tu jela saya cite...sy ni peminat dan pembuat coklat....setakat ni sy jual secara offline je...online belum agi... ape2 pun...kenal pasti coklat anda...untuk hasilkan coklat buatan tangan yang memenuhi pelanggan....

Thursday, 16 May 2013

hadiah hari guru yang ummi dapat.

banyak sangat kan..... wah teruja saya lihat... dan yang gatal p buka pun saya lah... yeyeyeye...hepi dapat buka hadiah..walaupun bukan hadiah saya.. "bila dah berbalut cantik sesiapa pun teruja nak membukanya"(tiru iklan kfc jap)kui9

choc moist cake mini untuk hari guru....

16 MEI 2013...hari ini hari bersejarah buat semua guru didunia...selamat hari guru saya ucapakan buat guru2 dan kepada ummi saya yang juga merupakan teacher.... hari ini saya berjaya menyiapkan tempahan choc moist mini sempena hari guru.... harga nya saya letak murah2 je... rm2 per each.. kat bawah ni gambar2 yang saya x smpat nak amik cantik2 sebab saya terlalu buzy nak decorate...huhuhuu

x jelas kan....maaf saya x professional bab amik gambar ni..... murah2 kalau order banyak harga boleh nego..
sms @ hubungi saya husna: 0199952653 ( khas untuk pelanggan di kelantan.)..
anda juga boleh menghantar email kepada saya di noku_cookies@yahoo.com @ pm sy di fb royal husna choc cake....
saya menerima sebarang tempahan dengan jumlah yang banyak atau sederhana...
minimun order 50 pcs...

Saturday, 11 May 2013


ANTARA CUPCAKE YANG SAYA JUAL

CUPCAKE PERISA VANILA MILK
RM1 per each

yang ini adalah contoh tempahan yang saya terima dari maahad tahfiz tanah merah...sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh hubungi saya..
husna:0199952653